Monday, 17 July 2017

Permainan "ROLE PLAY" dan Kanak-kanak

Role play atau permainan peranan (juga imaginative play) merupakan cara kanak-kanak bermain dengan menggunakan imaginasi mereka dalam memainkan pelbagai watak atau peranan berdasarkan pengalaman seperti melihat orang dewasa melakukannya, atau terlibat dalam pengalaman sebenar.

Melalui permainan watak ini, kanak-kanak bereksperimentasi dalam membuat keputusan, dan juga mengasah kemahiran komunikasi dan sosial apabila bermain dengan watak dan kawan-kawan. Bermain watak membolehkan mereka meluahkan apa yang telah mereka pelajari dan alami dari persekitaran melalui apa yang mereka telah lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh.

Role play membenarkan kanak-kanak mengenali dan terlibat dengan persekitaran mereka dan dunia orang dewasa.

Sering kali ibu bapa tidak menyedari pentingnya role play dalam perkembangan kanak-kanak, sedangkan melalui role play, kanak-kanak belajar banyak perkara praktikal tentang kehidupan, antaranya aktiviti harian serta mengadah kemahiran bersosial.


Zihni & Zunur dengan SUITCASE ROLE PLAY TOYS masing-masing.





8 Kebaikan Bermain Permainan "Role Play"

� Memberi peluang kepada kanak-kanak menerokai dan menginterpretasi alam orang dewasa.
� Mengembangkan kemahiran sosial seperti berkongsi, berbincang, bertolak ansur dan mengambil giliran.
� Mengembangakn kemahiran menyelesaikan masalah dan mencari penyelesaian.
� Mengasah perkembangan emosi melalui penghidupan semula watak dan luahan perasaan peranan yang dipegang.
� Meningkatkan rasa empati dan disiplin dalam diri kanak-kanak melalui penghidupan watak.
� Menggalakkan imaginasi kanak-kanak melalui plebagai watak yang dilakonkan.
� Mengasah kemahiran berkomunikasi dan menggunakan bahasa iaitu kemahiran mendengar, melihat, memberi perhatian dan bercakap, serta juga komunikasi non-verbal seperti bahasa tubuh dan riak wajah.
� Kanak-kanak dapat menyalurkan tenaga dan tekanan mereka melalui bermain.

5 pilihan SUITCASE ROLE PLAY TOYS yang menarik di Facebook/Instagram kami.

Order/pertanyaan: http://makanakdua.wasap.my
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment