Sunday, 9 April 2017

MERANGSANG DAYA FOKUS ANAK SEBELUM USIA 4 TAHUN

Assalamualaikum semua.
Lamanya tak menulis. Alhamdulillah, hari ni Allah berikan kesembuahan selepas alahan teruk mengandungkan si twin. MasyaAllah tak sabar sungguh nak berkongsi sesuatu yang istimewa untuk mak-mak pembaca ni...
.
Alhamdulillah, mutakhir ini semakin banyak bahan-bahan yang interaktif siap tersedia untuk memudahkan ibubapa membuat aktiviti bersama-sama anak-anak. Seronok melihat ibubapa semakin cakna dengan pendidikan awal anak-anak.
.
Bagi anak-anak di bawah usia 4 tahun, keutaamaan diberikan untuk mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti yang merangsang perkembangan motor dan daya fokus anak. Pendedahan ini penting supaya anak-anak mempunyai kemahiran mengurus diri yang baik dan dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan lebih bersedia.
.
Aktiviti bermain dengan objek kecil dapat membantu otot-otot kecil pada tangan anak berkembang dengan lebih optimum. Salah satu permainan yang amat sesuai untuk tujuan ini ialah mainan Genius Art Buttons.
.
.
Mainan ini sebenarnya adalah inovasi daripada permainan "mushroom nails" yang sangat bagus untuk melatih anak kecil memegang objek menggunakan jari. Namun, oleh kerana saiz mushroom nail yang sangat kecil, seringkali ibubapa bimbang ia mengundang bahaya kepada anak kecil. Jadi, walaupun tahu kebaikan mainan ini, ramai juga ibubapa yang tidak bersedia mendedahkan anaknya dengan mainan ini.
.
Genius Art datang dengan ciri-ciri yang telah ditambah baik. Menggunakan konsep mushroom buttons, saiz mushroom itu lebih besar dan mudah diurus. Anak juga lebih mudah untuk menekan dan mencabut mushroom dari tempatnya. Ia dapat membantu anak bermain lebih lama kerana leka dengan kemampuannya bermain sendiri. Saiz mushroom button yang lebih besar bukan sahaja memudahkan anak bermain tetapi juga memudahkan ibubapa menguruskan mainan anak.
.
.
Datangkan dengan 10 keping kad bercorak berlainan, Genius Art Buttons memberikan variasi aktiviti kepada anak-anak walaupun kemahiran yang digunakan sepanjang bermain sama sahaja. Kad bercorak yang berwarna warni ini akan membuatkan anak teruja untuk terus bermain. Ini turut mempengaruhi anak untuk belajar mengenal warna, bentuk dan objek.
.

.
InsyaAllah, dengan pendedahan yang berterusan kepada mainan seumpama ini, perkembangan otot-otot kecil pada tangan anak akan berlaku dengan optimum. Ini sangat penting sebagai persediasn anak menjalani kehidupan seharian termasuklah belajar memegang pensel kelak.
.
Secara tidak langsung, ibubapa juga boleh melatih anak berkomunikasi dan berinteraksi ketika bermain permainan ini. Latih anak untuk meminta bantuan ketika menghadapi kesukaran untuk menghasilkan corak yang tepat.
.
Untuk membeli permainan Genius Art Button, anda boleh menghubungi kami di link berikut 👇
http://makanakdua.wasap.my

🌹 SELAMAT MENDIDIK PARA KHALIFAH 🌹

No comments:

Post a Comment