Wednesday, 27 July 2016

9 tips pantang bagi mak-mak yang bersalin secara pembedahan (Cesarean)

Assalamualaikum dan selamat malam mak-mak semua :)

Nak share tips sikit sebelum tidur ni.

Hmmm dek kerana daku ni bila dah minggu ke-34 (anak first dulu) camtu baru betul-betul decided nak czer forever dengan sokongan mak & mak mertua serta nenek-nenek & makcik-makcik belah sendiri n belah suami, so saya memang la not well prepared untuk pantang czer ni huhu...

Pulak tu bila balik pantang kat kampung bidan-bidan yg sorg dua jumpa tu takmo urut sebab katenye takut etc maka pasrah.


Pantang Zihni Aflah tu setakat mandi air dedaunan yg mak rebus + jaga makan sikit-sikit... Mujur la rajin jugak blogwalking n ade sepupu n kekawan berpengalaman czer ni so belajar la sesikit...

Alhamdulillah, masa pantangkan Zunur Ajdaa dah berjaya buat bebetul sehingga berjaya lah juga dalam penyusuan. Sekarang ZA#2 dan 2 tahun lebih, Alhamdulillah masih fully direct feeding :)

Kalau ikutkan, kekdah pantang bg org czer ni acamni...

1. Minuman ais sejuk atau ais ketul tak boleh langsung yakni wajib at least 100 hari elakkan. Ais ketul tu paling bahaya dan amat digalakkan elakkan selama 1 tahun. And yes, saya memang elak ais & air sejuk complete setahun (masa bersalinkan ZA#1 tu). Konon azam bila bday setahun nak try la sirap ais kan hahah sekali tekak pon dah tak eksaited nak minum ais. Maybe sebab latihan setahun tu dah otometik set kat hati & minda yg ais-ais ni tak baguih huhu tapi kekadang minum juge la sekarang ni...

2. Telur tak boleh selama berpantang 60 hari, lbh lama lg bagus. Telur blh menyebabkan luka jahitan kembali sakit dan bernanah kalu diteruskan makan. Kalau tak silap, keesokan hari lps operate tu dah start makan telur & ayam sume sebab spital bagi menu nasi lemak n kue teow goreng. Makan je cuma tak banyak la sesikit aje... Makan pon Alhamdulillah xde la gatal ka nanah ke hape. Maybe yang ni ikut jenis kulit masing-masing la.

3. Sayur sejuk spt kangkung, timun, terung wajib dielakkan selama pantang 60 hari. Tapi dulu mcm belasah je makan sayur terutama lobak putih sebab nak banyakkan susu. Tapi alhamdulillah xde kembung. Baby pon both pon ok je kecuali hari tu mkn jagung tetibe hamek kau menangis tak benti ZA#1 dia pasal kembung huhu. Hmm ZA#2 kembung sebab terung.

SMILEEE~~~


4. Buah oren manis kena makan selalu ya utk cepat baik luka jahitan. Saaaangat betul dan saangat suka! Baik utk cepat pulihkan luka. Atau boleh juga makan sebiji SR Vitamin C Shaklee, 2x sehari. Buah oren yg masam2 elakkan ya!

5. Jangan amalkan minum air jeli gamat ke haruan ke hape. Ni dapat info dpd doktor pakat jugak ye. Bukan ai yang cakap. Katanya gamat & haruan tu mmg cpt sebuhkan luka tapi akan tinggalkan lapisan tebal kat atas luka tu. Kalau kena czer lagi, susah nak buang perut tebal dulu b4 kuarkan bby. So proses tu akan makan masa lebih laaaamaaa. Lama la hang kat bius, lama la hang dlm OT. Nak?  Worst, kalau luka dalam melekat kat organ lain. Haru! Saya memang ade sorang kawan kes melekat luka czer kat ginjal. Anak 2nd nak buat VBAC (bersalin normal) sekali terkoyak ginjal sebab rahim menarik ginjal tu waktu push baby. Melekat kan… Kena surgery and repair la. Katanya dua bulan jugak kencing dgn urin bag lekat kat perut huhu… Well, saya suggest korang kalau nak cepat sembuh luka pembedahan, makan Zinc Complex Shaklee.

6. Jangan banyak berjalan selama dlm pantang 44 hari. Kurangkan pergerakan. Kalau berjalan dgn langkah perlahan-lahan saja. semakin aktif berjalan, semakin payah luka nak sembuh. Saya dulu terpaksa, mak kerja lagi masa beranakkan ZA#1, yg jaga adik lelaki ku huhu. Malam je mak ada kat rumah. tp sian mak. b4 g kje kna siap2 masak n mandikan cucu huhu. Tapi kali ni elok mak dah pencen sebulan sebelum Zunur Ajdaa lahir. 

7. Pakai bengkung ibu tiap hari, tapi longgarkan ikatan tali di bahagian perut tu. Bengkung ibu penting untuk menjaga postur tubuh dan mengemaskan badan. Juga utk back up perut supaya x jatuh. Kalau takut, pakai je bengkung moden jenis zap on atau zip.


8. Mandi dgn air suam setiap hari dengan air rebusan herba yang berkesan untuk membuang angin, melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan rasa sakit dalaman badan. Tapi pastikan tutup luka jgn sesekali bagi kena air (basah) supaya tak bernanah. Cara saya, balut luka dgn plastik hitam panjang then balut lagi dgn kain batik. Baru mandi. Macam balut sekeliling pinggang tu tau. Bersiram la mcm biasa. Then yang basah kain tu je la. Lepas mandi, keringkan dengan cara mendedahkan lupa pada udara. Lay flat, bukak bahagian luka tu n biarkan kering. Lepas tu every hour ulang benda sama walaupun tak mandi supaya luka x dibasahi peluh. 


9. Bertungku di bahagian perut tidak boleh dilakukan sama sekali. Ibu hanya blh bertungku di celah peha, di atas peha, betis, belakang badan saja. Bertungku di celah peha paling penting untuk mengecutkan urat peranakan. Ni memang saya follow sebab badan sakit-sakit tak berurut... Maka kita tungkukan saja huhu... Masa ZA#2 alhamdulillah jumpa bidan yang sanggup urut tapi lepas 30 hari. Masa tu dia kan tahu kan bab2 pompuan ni… dia cakap pucat lesi sebab tak berurut. Betul… Lepas urut tu baru la Nampak bibirku kembali merah dan wajah kembali pink. Macam segar gitu sebab aliran darah betul semula plus angina banyak keluar. Alhamdulillah… Sus upon makin membanyakkkk! 

Sebenarnya banyak lagi yang anda perlu tahu berkaitan tatacara berpantang khasnya untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. Bersalin ikut kaedah 'tingkap' ini sememangnya agak mudah, kurang rasa sakit kerana ibu diberi ubat bius sepanjang proses bersalin. Berbeza dengan kaedah bersalin secara normal kerana ibu sememangnya dalam keadaan sedar sepanjang masa. Tetapi, dalam aspek penjagaan dalam pantang, ia agak sukar dan proses penyembuhan luka memakan masa yang agak panjang. Tempoh masa berpantang juga lebih lama iaitu biasanya 100 hari.

Hmm memang lah dah remind suami byk kali, kite nak pantang 100 hari tau... Pose tau! walaupun beliau cuba menggoda huhu siannnn die... So hopefully perkongsian ni membantu you ols yang takde pengalaman czer ni untuk berpantang ye!

Salam sayang,


~Cik D Momy The ZAs~

10 emoji yang mungkin telah anda gunakan secara membuta tuli :p

Assalamualaikum semua...
Hehehe dalam era teknologi ni pasti semua orang dah terguna Whatsapp kan... Terutama sekali online seller macam saya ni... Kalau takde Whatsapp, ade kemungkinan dipandang serong dek para prospek dan pelanggan hahaha
Emoji kini menjadi salah satu medium untuk orang ramai berinteraksi di dalam mesej terutamanya dalam aplikasi Whatsapp, Telegram ataupun Facebook.
Namun, tanpa kita sedar, sesetengah emoji yang kita gunakan tidak menyerupai maksud sebenar emoji tersebut seperti yang ditentukan oleh Unicode Consortium, badan yang bertanggungjawab dalam soal piawaian termasuk piawaian emoji.
10 Emoji Yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini
10 Emoji Yang Mungkin Telah Anda Gunakan Secara Membuta Tuli

Mungkin disebabkan oleh beberapa kali berevolusi, emoji yang diguna pakai sekarang disalah ertikan oleh pereka grafik yang bertanggungjawab mencipta emoji untuk platform masing-masing.
Meh saya senaraikan antara emoji-emoji yang selalu digunakan tetapi mungkin disalah tafsir oleh orang ramai bersama maksud sebenarnya.
Emoji kecewa tapi lega ni mungkin kelihatan seperti seseorang sedang menangis tetapi maksud sebenarnya adalah perasaan lega selepas anda melalui sesuatu yang mengecewakan. << yang ni saya gunakan dengan betul hehehe...
Mungkin ramai yang tersalah tafsir emoji ini bermaksud mati kerana mata emoji ini berbentuk pangkah tetapi sebenarnya ia bermaksud terkejut. << hahaha ku sangkakan matikkk!!! hahaha
Sekali pandang memang emoji ini seolah seperti sedang terkejut dengan sesuatu namun apa yang dimaksudkan dengan emoji ini adalah tenang. << hahaha ni muka terkejut bukan tenang! hahah taknak kalah...
Emoji ini selalu digunakan ketika dalam keadaan ‘akward’ tetapi sebenarnya ia melambangkan seseorang itu sangat gembira sehingga ternampak giginya.<< yang ni saya ingatkan tengah sengeh macam heheheheeee sambil garu2 kepala gitu sebab memang takde riak gembira gila
Memang emoji ini nampak seperti sedang bersiul, tetapi ia sebenarnya digunakan untuk melambangkan ciuman kepada seseorang. Tetapi ciuman ini kurang sedikit ‘powernya’ dari emoji ciuman bersama hati. << ha ni saya tau dia nak cium tapi tak sampai hahaha sbb tu takkkk guna yang ni!
Emoji ini bila digunakan seolah-olah memaparkan anda sedang bergurau atau main-main. Namun maksud sebenar emoji ini adalah anda sedang menikmati makanan lazat yang anda gemari. << kahkahkah mana nak tahu dah ingatkan dia jelir sebab nak cakap kidding! hahaha
Gadis ini bukan sedang berkata ‘whatever’ tetapi dia adalah seorang gadis di kaunter pertanyaan yang sedang melayan pelanggannya. << hahaha ni paling takleh terima hahaha kaunter pertanyaan pebenda gini hahaha
Ini bukannya seekor kucing yang terkejut, tapi ia seekor kucing yang keletihan. Emoji ini digunakan untuk memberitahu seseorang itu dalam keletihan. << masih taknak kalah, saya tafsirkan emoji ni sebagai "hamagaddddd" gitu hahaha
Emoji hidung keluar asap ini sebenarnya menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang bersemangat, bukan marah. << kahkahkah konon nak cakap gambatte la ni? hahaha ni dia marah la hahaha marah kang!
Emoji ini pun bukanlah emoji yang melambangkan kemarahan tetapi sebenarnya emoji yang melambangkan seseorang itu tidak bersetuju dalam satu-satu hal. << Ni pon emoji marah hahaha tak puas hati ade 2 je betol out of 10 haha
Walaupun emoji-emoji ini mempunyai standardnya tersendiri tetapi apa yang penting adalah kedua-dua penghantar dan penerima memahami apa yang dimaksudkan dengan emoji tersebut.
Tetapi, kalau korang seorang yang mementingkan ketepatan dan nak guna emoji ikut standard, rujuk sini untuk melihat senarai penuh emoji dengan maksudnya.
Salam sayang,


~Cik D Momy The ZAs~

Orang Eskimo "kebal" asma?



Assalamualaikum mak-mak..

Percaya tak fakta atas tu?
Hahaha percayalah kerana ianya benarrrr....

Penyakit asma merupakan salah satu penyakit yang agak lazim di Malaysia.
Ada pesakit yang meninggal akibat asma semasa usianya sangat muda.
Dan asma ni sort of penyakit yang boleh diwarisi...


Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas.

Ketika diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.

Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.

Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 orang kanak-kanak pesakit asma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Jadi jom la berikan anak-anak kita makan OMEGA GUARD SHAKLEE sekurang-kurangnya sebiji setiap hari :)
Nak bagi 3 biji pon boleh, cuma pastikan anak minum banyak air sesuai mengikut berat badan :)

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.
Pesakit COPD pon disarankan sangat makan OMEGA GUARD SHAKLEE ni :)

Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.
Cik D pulak mencadangkan omega-3 terbaik boleh diperoleh daripada OMEGA GUARD SHAKLEE heheh...

Nak cuba?
Hubungi @mak.anak.dua kat telegram/whatsapp ye


017-349 0890

Tuesday, 26 July 2016

Pengalaman bersalin pembedahan di HKL (PART 1)

Assalamualaikum... 
Mak-mak sini sape yang czer?
Tak kisah lah emergency ke elective ke...
Apa kata tinggalkan komen pengalaman bersallin czer kamu-kamu-kamu kat ruangan komen?
Kalau sudi ler...

Ok, biar saya kongsikan pengalaman czer sendiri dulu ye...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengalaman bersalin #1
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, saya merupakan momy yang beruntung kerana diberi peluang memilih sendiri tarikh lahir puteri sulong saya. Erkkk... Macam mana tu? Hehehe sebab saya kena bersalin secara elective atau planned cesarean. Untong, kan? Haippppp sape kate bersalin operate tu tak untung, tak rasa sakit, tak banyak pahala tu? Meh sini haku cabai mulut tu. Hang tuhan ka nak jatuh hukum sesedap oren? Meh try sekali lapah perut tu hidup-hidup kalau nak tahu sakit ke sedap! Ok, tak baik emo bulan puasa... Hehehe...

Well, I was having that LSCS sebab masalah spine. 11 bulan sebelum EDD first baby tu, I've undergo a spinal surgery. Hence, orthopaedic tak bagi la pushing pushing. Plus my gynea Dr. Suriati Akmal Mahari of KPJ Pantai pon tak galakkan sebab 1st baby which kita memang clueless on how we'll cope with the delivery. Kang, silap langkah, mak terus tak bleh bangun for the whole life, sape nak jaga anak? Gitu... Geddit kenapa I terpaksa czer? Nak cakap lagi tak huntong? Meh tampaq sedas!

So on 34w, tetiba ade leaking. I was at d office dan tak tahu dat it was amniotic fluid leak. Oh naive sangat mak time tuh! Like membasahi kain hahaha malam membasahi kaftan... Tapi bengong, pk lusa nak g epoimen maka tak pe hahaha mujur la takde pape sebab ketuban memang banyak sampai org ckp peknen twin. Gilo gemuks masa tuh!

Then jumpa Dr Suriati dat day, terus admit sebab confirm leaking. Risau betul beliau. Tapi bukan kat Pantai la sebab she's in charge kat spital lain. Mcm buat part time la kat Pantai. So admit la kat spital yg beliau kerja tu bawah pemantauan beliau. Bagus doktor tu... 

Then dalam 3 hari kot dia mcm leak setitis dua je gitu pastu dia ckp if still leaking, kena operate immediately ESOK jugak sebab takut infection. Tapi so far ok sebab no sign of infection macam dark green discharge ke hape cuma iols ni alahan kalau guna pad so memang selalu g toilet, dat boleh cause infection sesenang je berlaku.

Tapi, baby belum matang! Hmmm... Sadly takde paed kat spital tu yang sudi menerima prem baby. SO doktor ku yg baik hati itu memberi beberapa option.
1. Kalau czer pada 34w, mak ok, baby ok, xde masalah.
2. Kalau baby prem tapi ok, berat ke hape sume ok, tp mak tak ok sebab GA ni ade bahayanya (nanti kita terangkan GA tu hapo), maka mak maybe kena hantar spital gomen, maka mak terpisah dgn baby.
3. Kalau mak ok, baby plak prem yg problematic, baby kena transfer g spital gomen, maka terpisah jua...
4. Kalau tak mau transfer utk kes 2/3 tu sebab takmau berpisah2 sekejapan itu, sebab spital gomen akan terima kes je, yg sorg lagi tu bkn kes, so x blh masuk.. gitu... maka mungkin la caj spital tu nanti mahallll..... Sapo nak bayaq? Opis mak tanggung RM3k jer...

So then saya dan suami sebulat suara nak transfer je ke gomen. Well, we choose HKL lah kan. Katenye spital feveret gitu... Actually Dr Suriati nak hantar p HUKM sebab kawan dia incharge situ so bleh la attend segera tapi kawan dia g obesi plak masa tu so kitorg back to plan asal. Then ok, terus g HKL. Superb ok HKL mak memang rekomen la hangpa beranak situ!

Gambar ihsan Google


So waktu tu ayahnye kerja gomen lagi maka boleh la guna GL. Then dok situ seminggu tapi no leak, ok... Balik! Sebab xde infection, ketuban banyak dan baby elok dan ok la boleh tunggu walaupun kes leaking. Then dia bagi tarikh czer 1 March 2012. Well ols mintak 29 Februari senanye tapi malang sekali hari Rabu takdek czer ye... Hanya utk emergency cases saje. Kalau nak pilih-pilih ni, Selasa & Khamis je gitu... So oklah, 1 Mac...

Then, a week before 1 Mac tu kena dtg jumpa anaest. Eh, bergaduh la pulak sebab I insist nak GA sebab ortho i pesan jgn epi. Tak pepasal kena warded semata-mata sebab doktor tu nak I bersalin normal atau guna half body bius tu. Gatal ok mintak ortho review I pastu panggil HOD O&G. Tau ape HOD O&G cakap? Dia kate... If she requested for cesarean, why have to force her for normal delivery? She's our patient. Just follow. Mihmihmih... hambek!!! 

So ok la terus set minggu depan kasi potong, dengan GA.
Wahahaha memang sakit je hati anaest sebab patient mcm tahu lebih. Well, sebenarnya ngaku la I byk songeh sebab memang kalau boleh taknak langsung doktor usik my spine. Epi kan on spine, bebetul kat tempat prolapsed tu pulak. A big NO la weiii... 

GA ni bius satu badan. Mcm tido terus la. Lps tu dah siap baru bangun. Tapi tak mcm org epi, 5-6 jam kemudian baru sakit. Ni terus2 kau sedar kau sakit. Gitu nasihat doktor dan nes...

So on dat tarikh tahun lompat, UA pon sungguh ngantor bini ke wad. Hesok dtg lagi tgk bini beranak. Masa tu wad kelas satu penoh so dok dulu kelas 3. Well, mak x kisah mana pon ok je... Tapi lps ni boleh la buat post comparison Kelas 1/2/3 sebab semua dah merasa. Walaupun kelas 3 jer tapi service HKL memang terbaik tip top I loike! Ok tak tipu. Atau mungkin i ols tak merasa bad experience tu maka i ols puji2an. Well memanglahkan experience memasing beza2. Cuma saya selalu ingat pesan mak, kalau nak org treat kita leklok, kita treat org leklok. So sape yg kena seranah2 masa nak beranak tu, cuba muhasabah balik ade tak kita pernah buat kat makhluk lain previously? Allahualam...

Ok then, malam tu sebab mak nak kena czer, first thing yg nurse buat lps maghrib ialah check mak punya V area. Tetiba soh masuk bilik, soh bukak panties pastu selak sikit je then jerit kat kawan yg tunggu nak tulis.. "Patient ni clearrr!!!" Huhuhu yg ni mak tak suko! Mcm haremmm... Pegi announce bulu pubik org kuat2 ko dah kenapa??? Sentap mak terus jawab "Oh, nak cek rumput rampai ke? I ols tebas 2 hari sekali..." Kelat je nurse tu sengeh kat haku. Next patient tu kesian sebab boleh dgr dari luar bilik dia suruh g shave. Tampo karang baru tahu! Then dia buat ape tu ECG eh dan ukur baby. Estimated 3.38 kg. Ok mak ok je bukan nak beranak push-push pon. Kalau 4 kg pon tak po huhu

Then malam tu start posa kol doblas. Esok lps subuh siap2 dia suruh pakai baju OT. Dalam tu hopkos la tanpa seurat benang. Geli jer rasa wakakaka... Mujur la katil tepiiiii sekali so sape pon tak tahu i ols sejuk2 dgn baju nipis putih ikat blakang tuh hahaha ok lucah sikit nih! Then lama gile tunggu sebab kol 7 dah siap2 tapi dorg mesti dulukan kes-kes emergency. Kebetulan pulak ada emergency time tu. Then dlm kol 10 kot baru masuk OT.

Sebelum masuk ot tu dia bg minum air garam. Then soh baring then sorong masuk ot. dpn ot tu my dad n husband dah tunggu. Seronok sangat ayah nak jadi atok dalam sekejapan waktu haha. Then salam2 penuh kegembiraan dan masuk Ot. Alhamdulillah, another luck Allah bg sebab all the doctors and nurses incharged hari tu ialah perempuannnn. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Cuma ada sorang je doktor lelaki mai dari mana ntah dtg tanya i bleh jln ke tak tadi n spine tu sakit ke tak. Bila jawab tak, dia tunjuk thumbs up and suruh doc lain proceed. Best!

Masuk dalam tu, anaest terangkan GA prosedure, suruh ngucap sama-sama, suruh selawat & pasangkan oxygen mask. Syukur sangat dapat team doktor thums up forever macam ni. Hopefully kalian teruslah islamik2 macam ni dan semoag diberkati Allah sentiasa.

Then tetiba je I ols rasa saaaakit gile kat bahagian perut macam disiat-siat. terus membuka mata. Eh, basah pulak mataku. Tengah menangis rupanya... Terus tanya "dah siap ke prosedure saya ni??? Sakitye...?" 

Mujurlah nurse tu lelaju dtg n cakap "dah siap dah, nak tunggu puan sedar je. baby pon dah ready nak jumpa papa dah..." wek sangat papa! hahaha... Lps tu baru tanya baby. nurse cakap baby comel. Hah, mak bkn nak tahu comel ke idok, mak nak tahu baby hape berat berapa. Owh... Baby girl tapi lahir 2.35 kg jer... Siap ku terpk kalau normal ni mesti boleh kuar senang, insyaAllah... Waktu tu sedikit... Sedikit la nyesal czer hahaha haku paaaling fobia la kalau tgh2 prosedure/operate tu tersedar kan mcm masa spine surgery tu gembak satu bilik bedah sampai anaest dtg mengadap lps surgery hehe kenangan ngeri wei!

Then dlm air mata berjuraian kepedihan tu, dorg sorong la balik ke 3rd class tadi tu. Nurse bg husband tengok baby kejap je pastu bawak lari tah ke mana pastu pesan x boleh bangun sampai 6 ptg. katanya nam jam la sebab kuar tu tengok jam kol 1159 pagi. alasan: spine tu la hop kos.

Then waktu melawat tu mak dah mcm mane anak haku ni??? Terus la tanya metron kebetulan lalu situ. Hape lagi menggagau la dia cari mana anak org ni sebab tanjat dengar dah bersalin kol doblas tapi tak jumpa anak lg. Then terus dapat bangun selow melow dan susukan baby. First beautiful experience. Beautiful la sangat niple aku dah crack pasal bengkak hokey! Baby pon dah dapat FM 2x dah mc tak reti nak hisap. Xpe... boleh ajar nnt...

Then terus pindah ke kelas 1 sebab dah hado kosong. OKlah. Malam tu, urin bag masih ada. Dorg x bukak for 3 days sebab I kes2 istimewa yer. Maka segala mak nenek tu nurse yang basuh. Ya tuhan malunya... Tapi dorg sangad baik siap cakap takpe2 ni memang keje kitorg la hape... lembut n senyum jer. tqvm la semua yg pernah serve saya d HKL ye... 

Eh, masa tu mak memang on morphine. yg self control tu sebab mak tak tahan sakit dan alahan paikiller. Tapi baby jadi high la sebab kekecik dah hisap dadah hahaha... Malam tu, nurse tgk mak tak larat dah nak jaga baby, dia tolong jagakan wei. Sapa ckp spital gomen semua kena buat sniri? Tak jugak! Mereka ada toleransi dan hati murni ok! Mereka juga manusia, ibu. So malan tu dpt la berehat sikit sbb dia jaga baby kat nurseri, dtg bagi susukan je.

Hmmm makan pulak. Esok tu breakfast gua dapat nasik lemak telur babe!! Lps tu nurse suruh makan je tanpa keraguan. Hahah org kan pantang kan? Haku makannn... 

Later after 3d4n baru la bleh bukak urin bag. Ptg tu balik... Balik umah mil dulu. Dokek yo ngan HKL tu. Malam tu hambik kau menangis kesakitan. Luka sakit, te**k bengkak. Problem betol. Dah la ade kami ber3 dan sil & fil je sebab mak dia tgh ada kat UK masa tu. Hahaha bertabah la kau menanhan sakit tanpa mak. Esoknya balik Pahang lak umah my mom. Jauh kotttt... Laki dah la pulak spesis bawak keta laju pastu salahkan jalan tak rata. Hangin je mak huhu...

This was long before i meet SHAKLEE supplements. Masa ni peknen dan pantang tanpa Shaklee. Kenal tapi tak tahu. Berpantang, seminggu masuk spital. Perut takleh sentuh sampai baby umur 9 bulan. Rasa sakit dia bagai disiat2. Imagine la setiap hari kau sakit kena siat kat perut. Buat la hape pon, asal terkena perut, sakit menitik air mata. Dah la g keje drive sendiri tau! Masa tu pulak dpt projek besar pastu kena g meeting sana meeting sini, nasib baik kawan drivekan g Putrajaya nun! Walaupun pantang ais la hape tu sampai setahun tapiiii sakit dia 9 bulan x hilang wei...

Tapi, cerita LSCS pengalaman ku berbeza utk 2nd baby itu... Scariest! Walapun mengamalkan Shaklee sepanjang mengandung tapi pengalaman cesar kali kedua tu menakutkan. Like seriously scary sebab... Nak tahu? Stay tune~~~

So, harap2 mak-mak yanng lain yang bumped into my post ni bolehlah share pengalaman masing-masing di ruangan komen. Jom spread awareness yang bersalin tidak normal ni NEVER make you less woman, less human. Ok jer... Sakit lagi teruk dpd bersalin normal, pahalanya hanya Allah yang tahu. Allahualam.


Salam sayang,

Uji kepantasan menaip anda

Assalamualaikum semua...

Tahu tak yang kita boleh mengukur kelajuan menaip kita? Mestilah boleh, kalau tak, takkan la borang-borang permohonan pekerjaan tu ada tanya kan kat kita berapa kepantasan menaip kita.

Di website ni akan diberikan satu ayat berterabut. Kita cuma perlu retype atau taip semula je dan keputusannya memberitahu dalam seminit berapa patah perkataan yang kita boleh taip dengan atau tanpa kesalahan...

Untuk ujian kedua-dua bahasa (Melayu dan Inggeris) ni saya berada dalam tahap AVERAGE. Maka boleh la kalau anda nak dapatkan khidmat saya sebagai jurutaip manuskrip ke, tesis ke dikumen adna tu. Maklumat lanjut tentang perkhidmatan ni boleh baca di sini.

Sesiapa yang nak isi borang yang bertanyekan kelajuan menaip anda, silalah buat ujian kat web tu. Senang je just taip mengikut perkataan yang telah diberikan... Masa akan automatik berjalan selama seminit setelah kita mula menaip dalam kotak yang di sediakan... Tanpa trengkas ye!

Bagi yang terrer, mesti dapat menaip dalam 70 patah perkataan seminit... Kalau yang biasa-biasa je cam saya ni mungkin dalam 40++ perkataan.

Semoga tips ni berguna terutama bagi anda yang sedang memenuhkan ruang kosong dalam borang permohonan jawatan.
Selamat mencuba :-)



TIPS: Cara Membuat Stok EBM Last Minit

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak up entry khas untuk mak-mak yang dah nak habis pantang atau dah hbs pantang dan dah nak start kerja semula tapi gagau buat stok EBM pasal waktu pantang aituh 60 hari 90 hari santaiiiii kemain tak menepam tak menyimpan stok.

Hah takpe takpe takyah panic, takyah sakan lg p Giant Tesco Speedmart99 Mydin Aeon nak shopping susu formula. Tunggu... Ada masa lagi nak buat stok!

Ok mula-mula cerita pasal fridge. Dah beli deep freezer? Chest freezer? Upright freezer? Lupakan. Lupakan. Takde maknanya itu semu dlm waktu kritikal ni. Skrg, sila pergi kosongkan RAK ATAS SEKALI peti ais bahagian CHILLER. Bukan bhgn beku tu tau. Bhgn yg TAK BEKU. Kosongkan satu tingkat tu. ATAS SEKALI. Lap bg bersih nyah bau bagai. Tujuannya supaya kita boleh simpan EBM di situ tanpa bercampur dgn bau-bauan daripada makanan dlm tu. Di situlah nanti kita akan simpankan stok-stok urgent kita.

Bagi mak-mak yang totally kritikal, ESOK dah nak masuk opis ni... Wah ezijerit sangaddd kan tp who knows tetiba esok nak kje hari ni baru timbul azam nak bf anak exclusively ke kan. Still can...

Lps dah selesaikan peti tadi tu terusssss g pam. Subuh lening terus pam. Selesai solat subuh, zikir YA MATIN 70x, mintak Allah permudahka urusan penyusuan, then terus bangun minum segelas air masak dan pam.

Bg masa takyah lama dlm 5-10 minit je. Pam. Pam. Pam. Berapa sahaja hasilnya, SILA SIMPAN DGN PENUH RASA KESYUKURAN. Seterusnya mulai tika dan saat itu silalah mengepam setiap DUA JAM sekali.




Ingat, anda ada 24 jam sebelum bekerja esok.
Jadi, boleh mengepam sebanyak 10-12 sesi!

Katakan setiap sesi dapat 1 oz dari breast kiri dan 1 oz dari breast kanan, sekali perahan dah dpt 2 oz. Kalau 10x perah? 12x perah? Ha... Kena bijak maths sikit la sini... Misi dan visi kena clear. Lebih super duper afhdal kalau mengepam sambil df baby. Wa ckp sama lu this is my favorite action sejak dlm pantang until forever hahaha...
Hasil dia kadang tu lagi mabeles dpd guna letrik pam tau!

Ok, susu 2 oz yg dpt lps subuh tu tadi katalah kol 7 kan, simpan trus dlm botol yg nak bawak p babysitter/taska esok tu. Biar sat pada suhu bilik. Bila dah sejuk then pindah ke peti ais tpt yg kita dah khaskan tadi. Baby kicik tu lazim minum 2 oz cukup kan. Jadi still xde keperluan nak combine2 dgn next perahan.

Then btwn then n d next perahan, buatlah ape yg patut sambil keep maintaining water intake. Minum minum dan minum air masak every 10-15 minutes utk hasil pd next pumping session.

So for dat particular day...
7 am = 2 oz (utk sesi minum KEDUA d bs esok)
9 am = 2 oz (sesi ke3)
11 am = 2 oz (sesi ke4)
1 pm = 2 oz (sesi ke5)
3 pm = 2 oz (lusa)
5 pm = 2 oz (lusa)
7 pm = 2 oz (lusa)
9 pm = 2 oz (lusa)

11 pm, 1 am, 3 am tu bolehlah df je baby tu tapi...

5 am = 2 oz fresh utk baby's FIRST feeding session (ingat ni dah masuk hari baru n korang dah kna g kje sat lg...)

Jadi setel masalah untuk day FIRST sahaja ye.
Dan anda masih ada baki 4 botol untuk 4x minum esoknya d rumah bs.

Jika rasa ianya renyah, ingat ini hny permulaan dan sbg punishment sbb korg tak buat stok awal2.
Jika korang rasa "owh semudah a ba ta je" nak buat stok dan bagi anak bf sampai 2 tahun nanti, ingatlah GLOBE IS SPHERE!

Maka mohon siap2kan peralatan mengepam dan silalah angkut ke opis utk mengulang sesi mengepam tersebut pada hari pertama bekerja dan seterusnya sehingga segala mak nenek freezer yg dibeli tu boleh dimanfaatkan fungsinya.

Sekian dulu utk kali ini.
Next time kita sembang lagi...

Salam sayang,
@mak.anak.dua

Cantikkan Mata Secara Semula Jadi

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi.


Terima kasih kerana masih sudi meminjamkan saya sedikit masa untuk berkongsi maklumat ini.



Kebelakangan ini, ramai juga para ibu yang menghubungi saya demi mencari solusi masalah LINGKARAN GELAP di bawah mata, GARIS PENUAAN di sekeliling mata dan yang paling ditakuti, kemunculan EYE BAGS di bahagian bawah mata.
Bukan mak-mak je tau, ade juga yang bertanya tu rupa-rupanya masih menuntut di kolej dan universiti.

Secara jujurnya, saya pun takutkan eye bags.
Serammm...
Eh, lain ceritanya kan kalau beg yang dibawa tu original Michael Korr hehehe...


Jadi sebelum saya share cara mudahnya, apa kata saya bagi anda baca dahulu TESTIMONIAL berikut:



Testimonial #1 daripada Puan Shikin:

"Dah lebih empat (4) bulan saya guna Enfuselle Eye Treatment ni. Hasilnya memang saya puas hati. KEDUT BAWAH MATA memang dah kurang banyak, tak kering, lembap je. 

Ada eye cream yang saya guna sebelum ni, tak mampu nak lembapkan kulit bawah mata saya. DARK CIRCLE taklah hilang 100% tapi agak terkawal.

Eye gel ni agak rich, jadi kalau anda jenis yang kulit bawah mata berpeluh dan berminyak, mungkin kurang sesuai. Untuk saya, memang takda masalah nak guna pada waktu siang.

Lepastu tepek compact powder je tak perlu guna concealer dah sekarang!

Boleh saya katakan, kesannya sepadan dengan harganya yang tak berapa mahal dibandingkan dengan eye cream yang jual kat Guardian dan Watson nun."



Testimonial #2 daripada Puan Sujaihah:

"Saya sebenarnya pernah buat dengan uncang teh sebelum ini, kononnya nak bangun pagi esok dengan mata yang ceria dan gojes tapi mata jadi gatal pulak. Gatal seharian! Mungkin saya tidak sesuai dengan cara ni.

Sekarang tak nak dah guna uncang teh lagi. Nak guna cara yang lebih mudah dan ringkas (dan tak gatal!). Caranya hanya dengan picit sedikit Enfuselle Eye Treatment dan oleskan ke keliling mata dan tidur dengan hati yang gembira.

Bukan sahaja berkesan untuk mata panda malah dapat mengurangkan GARIS KEDUTAN akibat penuaan dan menganjalkan kulit sekitar mata serta melembapkan dan mengekalkan kecantikan bahagian mata.

Yang paling best, krim ni juga boleh dipakai di leher mahupun di bibir. Saya tak pernah lagi jumpa krim untuk mata yang boleh guna untuk bibir sekali. Jimat kan!"



Testimonial #3 daripada Puan Fauzah:

"Dulu saya tak pernah fikir pon nak beli krim mata. Memang jenis yang tak pakai bedak atau mekap jadi tak perasan pun LEBAM BAWAH MATASampailah ada orang hadiahkan Enfuselle Eye Treatment kat saya yang katanya memang khusus untuk penjagaan kulit bawah mata.

Pada penggunaan pertama, saya rasa bawah mata ‘sejuk’ macam ada tingling sensation gitu. Lepas beberapa hari dah boleh nampak lebam tu beransur hilang. Tapi kena sabar jugak la sebab bukan kesan serta merta cuma kena gunakan secara konsisten."

 Klik pada gambar untuk memesan Enfuselle Eye Treatment anda.


Hmmm... Ramai lagi yang cakap ENFUSELLE EYE TREATMENT ini amat berkesan!


Paling penting, MURAH dan BERBALOI-BALOI sebab TAHAN BERBULAN-BULAN!

Jika anda mempunyai masalah seperti para pengguna tersebut, saya amat mengesyorkan anda mencuba produk terhangat ini. Hanya RM52.50 untuk satu tiub gel berkapasiti 14 ml.

Harga yang saya nyatakan tidak termasuk kos pengeposan.


Salam sayang,